W. Kursiah Personal Blog

Teruja Menunggu Keputusan SPM
Saban hari saya tak putus-putus menerima sms daripada bekas pelajar 5T2. Masing-masing teruja ingin tahu tarikh sebenar keputusan SPM bakal diumumkan. Seperti mereka juga, dada saya seringkali berdebar. Harapan agar debaran yang bertandang bakal membuahkan hasil yang paling manis dirasa.

Apa khabar Syafik, Amelina, Kamal, Rubi, Fatihah, Nurul Idayu, Nik, Fahmi, Yahya, Najdi dll sekadar menyebut beberapa nama. Semoga sukses. Masih terdengar sajak yang dideklamasikan sempena majlis ilmu tempoh hari. Saya perturunkan sajak tersebut, agar nostalgia sentiasa menggamit kenangan lalu…

Sajak: Perjuangan Kita

(Khas Buat Semua Guru dan Pelajar SMKSN 2009 sempena majlis Restu Ilmu)

Anak didikku,

Sekian lama mindamu kutempa

Memahat fakta dan formula

Mengukir intipati ilmu segala

Dengan ukiran berseni

Ketahananku diuji puin berserakan dan debu berterbangan

Ujaranku masih berhemah, teguran bermadah

Mempermudahkan segala yang payah

Agar pekertimu terasuh akhlak mulia

Minda intelek tercanai sudah.

Perjuangan bertahun kini tiba di penghujung

Pertajamkan kalammu agar lancar bertarung

Menulis jawapan secara bijaksana

Kerana apa yang kamu tulis itulah ukurannya

Bukti kemenangan seseorang pelajar seusai berjuang.

Segala ilmu yang kami titip

Setulus hati kami restui

Semoga perjuangan kamu menjadi mudah

Agar hasil yang dituai

Mampu mengukir senyuman lebar

Setiap warga SMK Seri Nering tercinta.

Perjuangan kita serupa

Setelah Berjaya, kitalah juara.

Ilham Cipta

W.Kursiah Awang

12 November 2009

Bukan Cinta Pertama bakal dinobatkan sebagai yang pertama?
Saya telah siap menulis dan mengedit 3 buah novel dalam jangka waktu hampir serentak. 2010 merupakan tahun paling kreatif dan inovatif. Saya telah membuktikan bahawa saranan PM itu boleh dilaksanakan. Masa cuti akhir tahun persekolahan 2009 dan cuti pertengahan semester pertama 2010 saya manfaatkan sepenuhnya. Tanpa membuang masa, saya telah buktikan kita boleh berjaya. Hendak seribu daya, mahu seribu cara. Orang yang tak hendak sahaja yang akan mengemukakan 1001 dalih.“Rupa-rupanya cikgu merupakan seorang penulis yang prolifik,” Ariza melontarkan komen tatkala saya menyerahkan satu salinan novel “Bukan Cinta Pertama” padanya.

Saya minta tolong Ariza dapatkan kata pengantar Pengarah DBP Wilayah Timur untuk dimuatkan di dalam novel saya itu. Pada masa sama saya serahkan kembali manuskrip novel “Potret Jihad” yang telah siap disunting untuk pertimbangan kali ke2 oleh sidang editorial DBP di Kuala Lumpur. Saya turut memaklumkan bahawa pada minggu lepas saya telah memulangkan semula manuskrip novel “Bebaskan Aku” kepada editor Alaf 21 untuk diterbitkan.

Keadaan saya sekarang ibarat menunggu kelahiran cahaya mata kembar tiga, yang mana satu akan keluar dahulu. Mana satu yang lebih cantik dan menarik? Mana satu yang bakal laris di pasaran? Pada kaca mata seorang ibu, semua cahaya mata yang dilahirkan adalah cantik-cantik dan menarik belaka. Cuma perbezaannya pada kaca mata orang luar, cara solekan dan suntingan serta reka bentuk grafik dan ilustrasi pada kulit luar.

Apabila ketiga-tiganya terbit serentak, oleh tiga penerbit yang berbeza maka wajarannya juga pasti tidak serupa. Banyak pihak bakal membuat penilaian tentang terbitan manakah yang paling bagus. Saya menungu komentar anda. Berilah pandangan paling jujur demi penambahbaikan mutu dan salurkan maklumat yang mempunyai rnilai tambah.

Potret Jihad Sudah Disunting
Jihad tiba tatkala waktu sibuk. Kebetulan anak didik sedang menduduki peperiksaan TOV. Ambil masa dua minggu juga untuk menanda kertas peperiksaan bagi 3 kelas yang diajar. Setelah siap menanda kertas, barulah berpeluang untuk menyunting Jihad. Sebulan telah berlalu. Hari ini saya boleh bernafas lega kerana Jihad sudah disunting. Ada pertambahan 10 muka surat lagi. Judul juga bertambah. Jadilah Potret Jihad. Semoga memuaskan hati panel editorial yang menilai bagi kali kedua. Apa pun, penantianku terus menguja.

Satu lagi nilai tambah. Mulai 22 Feb. saya diamanahkan mengajar BM kelas 5Sains 1 dan 5 Sains 2 serta 4A sahaja. Kelas 4B diamanahkan untuk mengajar Sastera Melayu. Seronok dapat mengajar mata pelajaran opsyen yang tertangguh selama 9 tahun ketika mengajar di SMTB. Kemenjadian ini ibarat sireh pulang ke gagang dan pinang pulang ke tampoknya. Hey! Seronoknya!

Tua yang menggeletek
Ketika mengajar murid tg4A menulis karangan tentang ‘langkah-langkah menerapkan nilai murni dalam kalangan remaja’, seorang murid melontarkan pertanyaan. “umur cikgu berapa?”. Saya terkedu seketika. “Kenapa kamu tanya umur cikgu?”

“Tak! Saya nampak cikgu kelihatan agak tua tapi masih rajin dan bertenaga!” ujarnya.

“Cikgu belum dikira tua selagi masih bekerja! Warga tua dikira bermula dari usia bersara!” Saya merenung wajah anak murid saya satu demi satu. Wajah mereka ceria. “Cuba kamu teka, berapakah usia cikgu sekarang!” Masing-masing berebut memberikan jawapan.

“38 tahun cikgu,” ujar Rosmazian.

“Tak, 42 tahun!” Faisal mencelah.

“Saya pasti umur cikgu 48 tahun!” Siti Mastura cuba meneka.

“Saya rasa antara 50 - 52 tahun cikgu!” Amanina melontarkan pandangan.

“Semuanya salah. Cuba seorang lagi membuat tekaan!” saya terus menguja.

“58 tahun cikgu!” Asraf memberikan pandangan.

“Tidak cikgu. Umur 58, kaki tangan kerajaan dah pencen. Cikgu masih bekerja!” Rosmazian memberikan pandangan.

“Daripada tekaan kamu itu, cikgu yakin bahawa perkataan TUA membawa persepsi yang berbeza. Maknanya terlalu subjektif. Asraf nampak cikgu lebih tua dari usia yang sebenar. Cadangan usia yang dikemukakan tidak lojik dan tidak berlandaskan fakta.”

“Saya teka je cikgu. Sebab semua tekaan tadi salah!” Asraf membela diri.

“Semalam, ada seorang lelaki sebaya usia saya bertanya saya, ‘cikgu ini pengetua ke?’. Saya menggeleng! Kenapakah agaknya dia bertanya begitu?” Wajah anak murid saya lewati satu persatu.

“Sebab perwatakan cikgu sesuai sebagai seorang pengetua!” Asraf memberikan jawapan.

“Sebab usia cikgu agak tua. Cikgu yang dah berumur sesuai jadi pengetua.” Amanina pula memberikan pandangan.

“Memang betul cikgu dah tua tetapi bukan pengetua. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga m.s 1471, tua bermaksud sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur atau lebih umur atau tua-tua. Pengetua bermaksud pemimpin, kepala ataupun ketua. Ketuaan bermaksud sudah terlalu tua, sudah berumur. Manakala penuaan ialah proses menjadi tua. ”

Menurut kebiasaannya, orang tua kudratnya semakin kurang. Tenaga fizikalnya kian lemah sesuai dengan pertambahan usia. Namun kita seharusnya sedar bahawa semangat yang ada dalam diri mampu melawan tabi’e. Semangat bekerja yang ada dalam diri seseorang membuatkan dirinya berasa sentiasa muda dan boleh bekerja macam orang muda malahan lebih baik dan lebih cekap. Pengalaman bekerja dan prestasi cemerlang yang dikutip sepanjang tempoh bekerja menjadi pemangkin untuk terus bekerja hingga usia bersara wajib.

Saya tertarik pada kata-kata T.Alias Taib dalam sajak, “Pembeli Masa Sudah” .Saya perturunkan rangkap terakhir sajak tersebut untuk direnungi bersama;

Aku pembeli masalah orang

menyusunnya menjadi kata-kata

dan menjualnya kepada pemikir.

Aku juga kadang-kadang pembeli

masalah dan masa sudah sendiri.

Tidak seperti ikan dan sayuran,

masa sudahku lebih mahal

sesudah senja dan murah

di sebelah pagi.

Apa pendapat anda? fikir-fikirkanlah!

TOV saya baru bermula
Rezeki berganda dan cabaran juga berganda. Pada masa ini anak didikku sedang menduduki pep.TOV 2010. Kertas jawapan BM bagi 3 kelas tingkatan 5, sedang menunggu untuk ditanda. Pada masa dan tarikh yang sama saya menerima semula dua manuskrip novel untuk diedit dan buat penambahbaikan. Sebuah dari Alaf21 dan sebuah lagi daripada DBP Wilayah Timur. Alhamdulillah, usaha keras saya sudah menampakkan hasil.

TOV saya juga telah bermula. Harap nilai letak mula kerja buat saya mendatangkan hasil yang lumayan. Begitu juga harapan saya menggunung tinggi kepada kejayaan anak didik. semoga cita-cita kami untuk meraih A+ bagi semua pelajar 5Sains dan separuh daripada kelas 5A menjadi kenyataan.

Namun, kelemahan awal pada jawapan mereka sudah dikesan. Banyak perkara yang perlu dibuat penambahbaikan. sesungguhnya, membetuli hasil usaha sendiri lebih mudah berbanding mengubah sikap individu lain. Ramai pula tu.

Namun begitu, penilaian saya masih positif. Februari masih muda. Kami masih ada banyak masa untuk belajar dan mengajar. InsyaALLAH!

Kita Serupa
Kita sememangnya serupa walaupun berlainan nama

bergerak atas landasan yang sama

berjuang atas visi dan misi serupa

cuma berlainan cara.

Sememangnya kita serupa

sehasrat menjana maufakat

maufakat membawa berkat

meskipun kita berlainan darjat.

Adakalanya langkah kita tidak sehala

berselisih pendapat mencapai kata sepakat

berpaksikan prinsip kendiri yang utuh

bertunjangkan keyakinan diri yang teguh

namun apa yang pasti

matlamat kita masih sama

mengutip seberapa banyak bintang

merentasi awan gemawan.

Langit Lazuardi memayungi diri

membuktikan segala kuasa Maha pencipta

bak hamparan saujana lautan ilmu

sentiasa bergelombang membelah samudra cita-cita.

Minggu Pertama yang ceria
Hari ini genap seminggu @ lima hari mengajar dalam penggal 1 sesi 2010. Setiap waktu telah diisi dengan P&P yang memberangsangkan. Saya berasa seronok apabila dapat memancing minat pelajar untuk memberi perhatian dan mengambil bahagian secara aktif dari minit pertama hingga ke akhirnya.

Mengajar pelajar baru lebih menguja. Mereka juga teruja untuk menimba ilmu daripada guru lama yang baru mengajar mereka. Maklum balas yang diterima juga cukup untuk melonjakkan kegirangan. Apatah lagi makluman positif disampaikan sendiri oleh ibu dan bapa anak didik saya. Setidak-tidaknya, saya berlapang dada melestarikan khidmat. Terbukti kini, orang lama masih boleh memikat perhatian pelajar untuk meneruskan perjuangan mencapai A+ dalam sukjek yang diajar.

Anak didikku sekalian. Perjalanan kita masih panjang. Target yang ingin dicapai masih jauh melangit. Namun tiada salahnya jika dari sekarang kita memasang niat dan azam untuk mengutip seberapa banyak bintang. Cikgu berjanji akan mencanai minda kamu dengan ilmu yang bernilai tingi. Apa yang penting, kamu sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian aktif. Ikut apa yang cikgu ajar dan patuhi apa yang cikgu suruh. Kepada mereka yang masih lalai dan leka, ayuh! Bangkit segera. Jangan jadi seperti mereka yang gagal menilai intan ataupun kaca.

Semangatku masih membara meskipun tercalar sedikit disebabkan beberapa perkara yang tidak diduga. Namun saya masih berpandangan positif bahawa setiap suatu perkara yang berlaku merupakan ujian Allah untuk menduga tahap kesabaran kita. Sekali lagi saya rasakan maruah diri tercalar. Mungkin sesetengahnya tidak nampak atau terlepas pandang. Pada yang bertanya, saya seringkali membalas semula.

“Siapalah saya!”

Hari pertama, saya bagaikan orang Nomad. Saya masih tercari-cari identiti diri dan nilai harga diri. Saya seringkali muhasabah diri. Mereka yang pandai mentafsir, dapat melihat diri ini bagai kucing jatuh anak. Pada mereka yang kaya rasa empati, datang bertemu mata untuk meluahkan rasa simpati. Mungkin ingin berkongsi masalah dan meluahkan rasa bersalah. Kenapakah saya masih sanggup membiarkan diri berada dalam keadaan sedaif ini?

Keadaan sebenar saya ibarat langit dengan bumi. Bilik tidur saya pun seluas sebuah rumah teres.

Namun saya pasrah dan menyedari bahawa di sisi Allah s.w.t makhluk Allah sama sahaja.

Hari Pertama yang Cemerlang, Hari Semalam yang Suram
Hari pertama sesi persekolahan 2010 ditempohi dengan cemerlang. Berinteraksi dengan pelajar baru kelas 5Sains1 dan 5 Sains 2 amat memberangsangkan. Semua ahli kelas 5Sc1 meletakkan sasaran mencapai A+ untuk BM SPM 2010. Harapan saya, majoriti pelajar 5Sc2 dan 5A pun begitu. Cikgu bangga dengan semangat dan azam tahun baru kamu.

Sesi pengenalan diri berlangsung dalam suasana akrab dan harmonis. Set induksi, guru memperkenalkan diri. Siapakah saya? Apakah yang anda tahu tentang diri saya? Ketahuilah apa yang saya suka dan pantang larang yang patut dihindari. Saya mempunyai visi dan misi yang amat jelas selari dengan amanah yang tersangkut di pundak. Ketahuilah, saya pernah membakar jambatan agar tidak berpeluang untuk berpatah balik ke belakang.

Bukan tujuan meninggi diri, sekadar untuk menyatakan pendirian dan hasrat hati. Individu yang normal mempunyai harapan dan impian selari dengan visi dan misi organisasi yang diwakili. Visi dan misi kami serupa iaitu melahirkan pelajar cemerlang menjelang 2011. Cemerlang akademik, cemerlang sahsiah diri, akhlak dan juga kokurikulum akademik. Kenapa 2011?

Menjelang 2011, usaha keras sepanjang tahun 2010 baru menunjukkan hasil. Keputusan SPM 2010 bakal diumumkan biasanya pada akhir Februari 2011. Namun pengisian 2010, mesti dihiasi dengan bunga-bunga cemerlang. Potensi mereka digilap, seawal hari pertama persekolahan. Menegur setiap perlakuan yang salah, menasihati mereka yang masih alpa dan mamai. Mungkin ada dalam kalangan mereka yang tidak sedar bahawa fahaman dan tabi’i semulajadi amalan mereka selama ini adalah salah dan perlu penambahbaikan. Tuntasnya, sesi pengenalan diri lebih menjurus ke arah latihan lisan, bertutur Bahasa Melayu standard agar cemerlang ULBS. Tinggalkan sekejap bahasa loghat yang kita banggakan demi menjana kecemerlangan SPM.

Dalam pada itu, saya masih mengharapkan usaha keras 2009 membuahkan hasil. Tidak sabar rasanya untuk melihat keputusan SPM 2009. Adakah janji-janji dan kerja keras pelajar 5T2 menepati perancangan yang telah kami lakarkan bersama? Insya-Allah. Sekiranya impian murni kita menjadi kenyataan, cikgu tidak ragu-ragu untuk belanja kamu makan. Masih ingat di mana lokasi pilihan kita?

Lokasi saya menjelang tahun 2010 sudah berubah. Ibarat penghuni rumah setinggan, kehidupan semasa tiada jaminan masa hadapan. Sukar untuk membuat perancangan harian yang mantap, tanpa kediaman yang tetap. Gusar memikirkan keselamatan harta milik peribadi takut dicerobohi. Namun saya sentiasa sedar diri dan akur bahawa kehidupan awal saya dari kalangan orang susah. Saya segera muhasabah diri bahawa disebabkan kehidupan yang susahlah maka saya menikmati kemewahan seperti yang dikecapi kini. Namun saya perlu berusaha lagi untuk keluar dari kemelut ini.

Sesekali timbul hasrat untuk bersara awal dan menceburi bidang lain yang membolehkan kita menjadi bos untuk diri sendiri. Pemikiran bercapah. Sekiranya saya mementingkan diri sendiri, sudah lama saya angkat kaki. Setelah ditimbang kembali, alangkah ruginya ilmu yang telah dikuasai dan diperturunkan lebih 30 tahun lalu terapung begitu sahaja. Memikirkan keperluan umum, saya masih membiarkan diri, menjadi lilin yang membakar diri demi menerangi yang lain. Lumrah hidup seorang guru sememangnya begitu. Namun saya harus bangkit dan membuat anjakan paradigma agar tidak ada siapapun yang rugi. Pantang pejuang meletakkan senjata sebelum berjuang.

Pada hari pertama 2010, saya bangkit dengan azam menggunung untuk mengutip bintang-bintang seberapa banyak yang mungkin. Biarpun bintang-bintang itu sekadar menghiasi dada sendiri, namun saya berasa amat berpuas hati. DD lelaki pertama negeri Terengganu telah saya lahirkan. Melihat kejayaan putera sulung dalam usaha saya membina kerjaya untuk keluarga merupakan kepuasan berganda. sekali lagi saya akur. Sebagai seorang ibu dan guru, saya harus sentiasa berkorban. Saya perlu menyalakan lilin itu  untuk menunjuk arah agar laluan mereka menjadi mudah dan terarah. Saya perlu menyokong gagah agar tidak menjadi sokong yang membawa rebah.

Sampai saat ini saya masih berada di sini. Saya pasrah tanpa mengaku kalah! Di penghujung impian saya akan buktikan bahawa, impian saya bukan angan-angan Mat Jenin. Berjuta-juta bintang bakal mengerdip di tabir langit dunia!

Azam Tahun Baru 2010
Selamat menyambut tahun baru 2010. Setiap kali menyambut tahun baru, kita selalunya membuat azam baru. Ataupun paling tidak, kita memasang niat untuk membuat perubahan dalam hidup agar hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Saya juga mempunyai azam baru. Ingin menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang pendidikan dan juga perniagaan. Pendidikan merupakan tugas dan tanggungjawab utama disandang sejak lebih 30 tahun dahulu. Manakala perniagaan merupakan 9/10 sumber rezeki. Kedua-dua bidang ini saling berkait rapat. Menghadiri kursus inkubator keusahawanan menjana nilai tambah yang sangat berharga sebagai pembuka tirai 2010.Bertugas sebagai pendidik juga ibarat menceburi bidang perniagaan. Kita mempunyai  aset dan ada peminat yang akan membeli hasil kreativiti kita. Segala kerja buat kita sentiasa dipantau. Untung dan rugi berlaku setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Kita dikira beruntung sekiranya ramai dalam kalangan anak didik kita lulus dengan cemerlang dan begitulah sebaliknya.

Sedarkah kalian, peranan dan tanggungjawab seorang guru seringkali diperlekehkan? Apabila melihat kita berjaya ada sahaja yang ingin menjatuhkan? Analoginya, pelajar dikatakan cemerlang kerana individu tersebut sememangnya pandai sedangkan guru seringkali dipersalahkan apabila ramai pelajar gagal. Alahai!

Sedarkah kita, sejak dilahirkan kita diamanahkan untuk mendidik, mengajar dan belajar? Pendidikan sepanjang hayat harus dimanfaatkan oleh semua orang. Sepanjang masa kita belajar dan mengajar menangani perubahan. Setiap orang harus memikul tanggungjawab sebagai agen perubahan, paling tidak memacu perubahan diri dan keluarga.Perubahan ke arah kebaikan bukannya merosakkan atau memudaratkan diri dan persekitaran. Sesuatu yang amat klise, setelah kita terbukti berjaya, barulah orang nampak kejayaan kita. Jadi, tonjolkan kehebatan yang ada pada diri kita dahulu demi mempengaruhi komuniti luar. Setujukah anda?

Sepanjang masa kita sepatutnya menjadi teladan yang disegani oleh sesiapa sahaja. Kita harus buat perubahan dan tunjukkan kredibiliti kita sebagai agen perubahan. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Persetankan mereka yang buta ilmu dan jahil dalam membuat penilaian. Orang jahil ini, sebenarnya mereka tahu tapi suka berselindung disebalik lalang sehelai. Butiran percakapan mereka seringkali menegakkan benang yang basah. Mereka seringkali menjulang ego. Pedulikan mereka yang oportunis. Golongan ini seringkali mengambil kesempatan daripada sesuatu keadaan terutamanya untuk kepentingan peribadi.

Oleh itu, azam tahun baru saya pada tahun 2010 ini ialah untuk mencipta kecemerlangan  bagi diri sendiri, keluarga, anak didik dan institusi yang saya wakili serta komuniti setempat. Kalau berada jauh tu amat sukar untuk membuat pemantauan. Tidak terjangkau oleh tangan. Apa yang sahih, saya telah diamanatkan untuk mengajar kelas 5sains1, 5sains2, 5A dan 4A. Wah! Mengajar Bahasa Melayu bagi 3 kelas peperiksaan merupakan satu cabaran yang hebat. Kelas-kelas awal pula tu! Mampukah saya menggilap modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang? Bolehkah mereka mencapai A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM? Jawapannya pasti boleh sekiranya ada komitmen bersepadu. Guru mengajar dan pelajar belajar. Sokongan rakan-rakan, ibu bapa dan pihak pentadbir amat perlu.

Tahun 2010 merupakan tahun kreatif dan inovatif. Sekiranya inginkan kejayaan dalam erti kata yang sebenarnya, semua pihak harus kreatif dan inovatif. Apa maksudnya?  Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga muka surat 711, kreatif bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Contoh ayat: Kita harus mengerah seluruh tenaga kreatif untuk menghasilkan karya seni yang benar-benar bermutu tinggi. Kreativiti bermakna kemampuan(kebolehan) mencipta, daya kreatif dan kekreatifan. Kredibiliti pula bermaksud sifat boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan. Saya berasa amat yakin bahawa diri ini mempunyai kredibiliti.

Inovatif pula bersifat inovasi maksudnya sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dll yang baru. (Rujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga m.s 493). Makna yang kedua ialah perihal mengadakan (tindakan dan sebagainya) atau memulakan sesuatu yang baru. Orang yang melakukan inovasi disebut inovator. Golongan guru berperanan sebagai inovator pendidikan. Saya juga merupakan inovator dalam bidang pendidikan.

Selamat Datang 2010
Hujung tahun 2009 diakhiri dengan menjelajah negara bersama suami dan anak-anak. Menjelajah putrajaya je. Habis seluruh alamanda. Membuat persiapan menyambut awal tahun persekolahan anak-anak. Beli serba satu kelengkapan sekolah. Wah! banyak juga rupanya. Tak apa asalkan belajar rajin-rajin dan cipta kejayaan cemerlang dalam tahun 2010.

Hantar Nini praktikal sem akhir UITM di Palace Of Golden Horses. Semoga cemerlang. Jumpa Erin, Zimi dan Ani serta keluarga adik ipar di Greenwood. Jumpa lagi!