Archive for the ‘ Uncategorized ’ Category

Teruja dengan keputusan SPM. Ada peningkatan dari segi kualiti, meskipun kuantiti yang lulus BM merosot sedikit. Tapi saya masih boleh tersenyum puas kerana 10 orang bekas pelajar 5T2 dapat gred A. Semuanya lulus BM walaupun ada 4 orang dapat gred D. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa, cuba lagi. Baiki result SPM anda dengan mendaftar sebagai calon mengulang.

Teruja Menunggu Keputusan SPM

Saban hari saya tak putus-putus menerima sms daripada bekas pelajar 5T2. Masing-masing teruja ingin tahu tarikh sebenar keputusan SPM bakal diumumkan. Seperti mereka juga, dada saya seringkali berdebar. Harapan agar debaran yang bertandang bakal membuahkan hasil yang paling manis dirasa.

Apa khabar Syafik, Amelina, Kamal, Rubi, Fatihah, Nurul Idayu, Nik, Fahmi, Yahya, Najdi dll sekadar menyebut beberapa nama. Semoga sukses. Masih terdengar sajak yang dideklamasikan sempena majlis ilmu tempoh hari. Saya perturunkan sajak tersebut, agar nostalgia sentiasa menggamit kenangan lalu… Read the rest of this entry »

Saya telah siap menulis dan mengedit 3 buah novel dalam jangka waktu hampir serentak. 2010 merupakan tahun paling kreatif dan inovatif. Saya telah membuktikan bahawa saranan PM itu boleh dilaksanakan. Masa cuti akhir tahun persekolahan 2009 dan cuti pertengahan semester pertama 2010 saya manfaatkan sepenuhnya. Tanpa membuang masa, saya telah buktikan kita boleh berjaya. Hendak seribu daya, mahu seribu cara. Orang yang tak hendak sahaja yang akan mengemukakan 1001 dalih. Read the rest of this entry »

Potret Jihad Sudah Disunting

Jihad tiba tatkala waktu sibuk. Kebetulan anak didik sedang menduduki peperiksaan TOV. Ambil masa dua minggu juga untuk menanda kertas peperiksaan bagi 3 kelas yang diajar. Setelah siap menanda kertas, barulah berpeluang untuk menyunting Jihad. Sebulan telah berlalu. Hari ini saya boleh bernafas lega kerana Jihad sudah disunting. Ada pertambahan 10 muka surat lagi. Judul juga bertambah. Jadilah Potret Jihad. Semoga memuaskan hati panel editorial yang menilai bagi kali kedua. Apa pun, penantianku terus menguja.

Satu lagi nilai tambah. Mulai 22 Feb. saya diamanahkan mengajar BM kelas 5Sains 1 dan 5 Sains 2 serta 4A sahaja. Kelas 4B diamanahkan untuk mengajar Sastera Melayu. Seronok dapat mengajar mata pelajaran opsyen yang tertangguh selama 9 tahun ketika mengajar di SMTB. Kemenjadian ini ibarat sireh pulang ke gagang dan pinang pulang ke tampoknya. Hey! Seronoknya!

Tua yang menggeletek

Ketika mengajar murid tg4A menulis karangan tentang ‘langkah-langkah menerapkan nilai murni dalam kalangan remaja’, seorang murid melontarkan pertanyaan. “umur cikgu berapa?”. Saya terkedu seketika. “Kenapa kamu tanya umur cikgu?”

“Tak! Saya nampak cikgu kelihatan agak tua tapi masih rajin dan bertenaga!” ujarnya. Read the rest of this entry »

TOV saya baru bermula

Rezeki berganda dan cabaran juga berganda. Pada masa ini anak didikku sedang menduduki pep.TOV 2010. Kertas jawapan BM bagi 3 kelas tingkatan 5, sedang menunggu untuk ditanda. Pada masa dan tarikh yang sama saya menerima semula dua manuskrip novel untuk diedit dan buat penambahbaikan. Sebuah dari Alaf21 dan sebuah lagi daripada DBP Wilayah Timur. Alhamdulillah, usaha keras saya sudah menampakkan hasil.

TOV saya juga telah bermula. Harap nilai letak mula kerja buat saya mendatangkan hasil yang lumayan. Begitu juga harapan saya menggunung tinggi kepada kejayaan anak didik. semoga cita-cita kami untuk meraih A+ bagi semua pelajar 5Sains dan separuh daripada kelas 5A menjadi kenyataan.

Namun, kelemahan awal pada jawapan mereka sudah dikesan. Banyak perkara yang perlu dibuat penambahbaikan. sesungguhnya, membetuli hasil usaha sendiri lebih mudah berbanding mengubah sikap individu lain. Ramai pula tu.

Namun begitu, penilaian saya masih positif. Februari masih muda. Kami masih ada banyak masa untuk belajar dan mengajar. InsyaALLAH!

Kita Serupa

Kita sememangnya serupa walaupun berlainan nama

bergerak atas landasan yang sama

berjuang atas visi dan misi serupa

cuma berlainan cara.

Sememangnya kita serupa

sehasrat menjana maufakat

maufakat membawa berkat

meskipun kita berlainan darjat.

Adakalanya langkah kita tidak sehala

berselisih pendapat mencapai kata sepakat

berpaksikan prinsip kendiri yang utuh

bertunjangkan keyakinan diri yang teguh

namun apa yang pasti

matlamat kita masih sama

mengutip seberapa banyak bintang

merentasi awan gemawan.

Langit Lazuardi memayungi diri

membuktikan segala kuasa Maha pencipta

bak hamparan saujana lautan ilmu

sentiasa bergelombang membelah samudra cita-cita.

Minggu Pertama yang ceria

Hari ini genap seminggu @ lima hari mengajar dalam penggal 1 sesi 2010. Setiap waktu telah diisi dengan P&P yang memberangsangkan. Saya berasa seronok apabila dapat memancing minat pelajar untuk memberi perhatian dan mengambil bahagian secara aktif dari minit pertama hingga ke akhirnya. Read the rest of this entry »

Hari pertama sesi persekolahan 2010 ditempohi dengan cemerlang. Berinteraksi dengan pelajar baru kelas 5Sains1 dan 5 Sains 2 amat memberangsangkan. Semua ahli kelas 5Sc1 meletakkan sasaran mencapai A+ untuk BM SPM 2010. Harapan saya, majoriti pelajar 5Sc2 dan 5A pun begitu. Cikgu bangga dengan semangat dan azam tahun baru kamu. Read the rest of this entry »

Azam Tahun Baru 2010

Selamat menyambut tahun baru 2010. Setiap kali menyambut tahun baru, kita selalunya membuat azam baru. Ataupun paling tidak, kita memasang niat untuk membuat perubahan dalam hidup agar hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Saya juga mempunyai azam baru. Ingin menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang pendidikan dan juga perniagaan. Pendidikan merupakan tugas dan tanggungjawab utama disandang sejak lebih 30 tahun dahulu. Manakala perniagaan merupakan 9/10 sumber rezeki. Kedua-dua bidang ini saling berkait rapat. Menghadiri kursus inkubator keusahawanan menjana nilai tambah yang sangat berharga sebagai pembuka tirai 2010. Read the rest of this entry »