TOV saya baru bermula
Posted by W.KursiahFeb 4
Rezeki berganda dan cabaran juga berganda. Pada masa ini anak didikku sedang menduduki pep.TOV 2010. Kertas jawapan BM bagi 3 kelas tingkatan 5, sedang menunggu untuk ditanda. Pada masa dan tarikh yang sama saya menerima semula dua manuskrip novel untuk diedit dan buat penambahbaikan. Sebuah dari Alaf21 dan sebuah lagi daripada DBP Wilayah Timur. Alhamdulillah, usaha keras saya sudah menampakkan hasil.
TOV saya juga telah bermula. Harap nilai letak mula kerja buat saya mendatangkan hasil yang lumayan. Begitu juga harapan saya menggunung tinggi kepada kejayaan anak didik. semoga cita-cita kami untuk meraih A+ bagi semua pelajar 5Sains dan separuh daripada kelas 5A menjadi kenyataan.
Namun, kelemahan awal pada jawapan mereka sudah dikesan. Banyak perkara yang perlu dibuat penambahbaikan. sesungguhnya, membetuli hasil usaha sendiri lebih mudah berbanding mengubah sikap individu lain. Ramai pula tu.
Namun begitu, penilaian saya masih positif. Februari masih muda. Kami masih ada banyak masa untuk belajar dan mengajar. InsyaALLAH!

Leave a Reply