Archive for February, 2010

Saya telah siap menulis dan mengedit 3 buah novel dalam jangka waktu hampir serentak. 2010 merupakan tahun paling kreatif dan inovatif. Saya telah membuktikan bahawa saranan PM itu boleh dilaksanakan. Masa cuti akhir tahun persekolahan 2009 dan cuti pertengahan semester pertama 2010 saya manfaatkan sepenuhnya. Tanpa membuang masa, saya telah buktikan kita boleh berjaya. Hendak seribu daya, mahu seribu cara. Orang yang tak hendak sahaja yang akan mengemukakan 1001 dalih. Read the rest of this entry »

Potret Jihad Sudah Disunting

Jihad tiba tatkala waktu sibuk. Kebetulan anak didik sedang menduduki peperiksaan TOV. Ambil masa dua minggu juga untuk menanda kertas peperiksaan bagi 3 kelas yang diajar. Setelah siap menanda kertas, barulah berpeluang untuk menyunting Jihad. Sebulan telah berlalu. Hari ini saya boleh bernafas lega kerana Jihad sudah disunting. Ada pertambahan 10 muka surat lagi. Judul juga bertambah. Jadilah Potret Jihad. Semoga memuaskan hati panel editorial yang menilai bagi kali kedua. Apa pun, penantianku terus menguja.

Satu lagi nilai tambah. Mulai 22 Feb. saya diamanahkan mengajar BM kelas 5Sains 1 dan 5 Sains 2 serta 4A sahaja. Kelas 4B diamanahkan untuk mengajar Sastera Melayu. Seronok dapat mengajar mata pelajaran opsyen yang tertangguh selama 9 tahun ketika mengajar di SMTB. Kemenjadian ini ibarat sireh pulang ke gagang dan pinang pulang ke tampoknya. Hey! Seronoknya!

Tua yang menggeletek

Ketika mengajar murid tg4A menulis karangan tentang ‘langkah-langkah menerapkan nilai murni dalam kalangan remaja’, seorang murid melontarkan pertanyaan. “umur cikgu berapa?”. Saya terkedu seketika. “Kenapa kamu tanya umur cikgu?”

“Tak! Saya nampak cikgu kelihatan agak tua tapi masih rajin dan bertenaga!” ujarnya. Read the rest of this entry »

TOV saya baru bermula

Rezeki berganda dan cabaran juga berganda. Pada masa ini anak didikku sedang menduduki pep.TOV 2010. Kertas jawapan BM bagi 3 kelas tingkatan 5, sedang menunggu untuk ditanda. Pada masa dan tarikh yang sama saya menerima semula dua manuskrip novel untuk diedit dan buat penambahbaikan. Sebuah dari Alaf21 dan sebuah lagi daripada DBP Wilayah Timur. Alhamdulillah, usaha keras saya sudah menampakkan hasil.

TOV saya juga telah bermula. Harap nilai letak mula kerja buat saya mendatangkan hasil yang lumayan. Begitu juga harapan saya menggunung tinggi kepada kejayaan anak didik. semoga cita-cita kami untuk meraih A+ bagi semua pelajar 5Sains dan separuh daripada kelas 5A menjadi kenyataan.

Namun, kelemahan awal pada jawapan mereka sudah dikesan. Banyak perkara yang perlu dibuat penambahbaikan. sesungguhnya, membetuli hasil usaha sendiri lebih mudah berbanding mengubah sikap individu lain. Ramai pula tu.

Namun begitu, penilaian saya masih positif. Februari masih muda. Kami masih ada banyak masa untuk belajar dan mengajar. InsyaALLAH!