Khalilullah, Kekasih Allah
Posted by W.KursiahDec 22
Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai anugerah Allah. Selain daripada memanjatkan doa dan kesyukuran setiap kali lepas sembahyang, ataupun ketika sujud, kita boleh menyebut nama-nama yang mempunyai makna yan sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah. Selamat datang Khalilullah. Khalilullah bermakna kekasih Allah. Nama itu sentiasa basah di hati dan tidak lekang di bibir. Siapakah Khalilullah?
Usianya baru 48 hari. Baru malam tadi kami adakan majlis kesyukuran dan selawat bagi mengalu-alukan kelahirannya. Terima kasih Ustaz Adam dan para jemaah yang sudi hari dalam majlis ringkas kami. Saya dan anak-anak yang memasak untuk tetamu dan menguruskan majlis dari awal hinga akhir. Terima kasih juga kepada rakan-rakan dan jiran yang sudi hadir untuk mengongsi kegembiraan kami.
Sepanjang majlis berlangsung, Khalilullah kelihatan tenang, terutamanya ketika Ustaz Adam mengimami solat hajat dan seterusnya mengetua bacaan tahlil dan doa selamat. Sememangnya Khalilullah suka mendengar selawat, zikir dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Untuk meredakan tangisannya, saya seringkali berselawat. Paling tidak menguliknya tidur dengan menyanyikan lagu-lagu nasyid yang memuji kebesaran Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w. Pasti Khalilullah akan tidur nyenyak.
Siapakah Khalilullah? Khalilullah adalah kekasih Allah. Hadirnya membawa rahmat kepada kami seisi keluarga. Meskipun keluarga kami besar, namun kehadirannya sentiasa dinanti. Dia menambahkan jumlah khazanah keluarga kami. Semoga rezeki kami melimpah ruah dengan kelahirannya di alam maya ini.
Khalilullah adalah cucu kedua saya yang lahir pada 3 November 2009. Umi Su begitu gembira menyambut kelahiran Khalilullah selepas Muhammad Khusyairi Kamarudin lahir pada 3 Jan 2008. Mereka merupakan generasi ketiga kami. Rezeki kami untuk menimang cahaya mata tidak terhenti selepas kelahiran Umi Su. Mereka berdua merupakan pewaris kebanggaan kami setakat ini dan menjadi penutup tirai 2009/4030H. Alhamdulillah.
Insya-Allah rezeki kami sekeluarga akan melimpah-ruah.

Leave a Reply