Archive for December, 2009

Marah merupakan sejenis penyakit hati yang menjejaskan organ dalaman yang lain. Jika perasaan marah tidak dapat dikawal,  bakal mengundang padah. Ada yang terkena angin ahmar (strok), darah tinggi naik secara mendadak, Hypertensi dan serangan penyakit jantung ketika sedang marah. Kesannya amat buruk pada diri sendiri dan Read the rest of this entry »

Cinta Membawa Tafsiran Berbeza

Apabila menyebut soal cinta, ramai yang melontarkan senyuman sinis. Pelbagai soalan panas terlontar keluar. Sedang bercinta? Sudah jatuh cinta? Jatuh cinta lagi? Ataupun cinta monyet?

Cinta membawa pelbagai tafsiran yang berbeza. Kemurnian cinta bergantung kepada niat yang terselit Read the rest of this entry »

Wah lega rasanya apabila dapat menyiapkan novel “Bukan Cinta Pertama” sebelum sesi persekolahan 2010/1431H bermula. Masa cuti panjang persekolahn dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyiapkan novel ini dan dua buah novel lagi, kategori kanak-kanak dan remaja untuk pertandingan. Read the rest of this entry »

Khalilullah, Kekasih Allah

Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai anugerah Allah. Selain daripada memanjatkan doa dan kesyukuran setiap kali lepas sembahyang, ataupun ketika sujud, kita boleh menyebut nama-nama yang mempunyai makna yan sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah. Selamat datang Khalilullah. Khalilullah bermakna kekasih Allah. Nama itu sentiasa basah di hati dan tidak lekang di bibir. Siapakah Khalilullah? Read the rest of this entry »

SETIAP suatu kejadian yang telah Tuhan jadikan ada hikmah-Nya yang tersembunyi. Kita patut mengakui kebenarannya. Paling tidak, kejadian yang dialami telah membuatkan kita berfikir kembali dan bermuhasabah diri. Sebagai insan yang lemah, kita harus berwaspada dalam segala tindak-tanduk agar tidak tergelincir dan tersasar jauh.

Allah jadikan manusia sebagai makhluk paling sempurna dari segi fizikal dan akal fikiran tetapi Read the rest of this entry »

Percaya

Setiap hari kita mendengar cerita. Ada cerita benar dan ada juga cerita rekaan. Kadang-kadang kita sukar percaya sama ada cerita itu benar ataupun cerita rekaan. Amat sukar untuk membuat justifikasi sama ada cerita itu sahih ataupun khabar angin. Oleh itu kita tidak seharusnya cepat melatah ataupun memberi komen spontan apabila Read the rest of this entry »

Selama tiga hari tiga malam hujan turun tanpa henti. Bumi Besut basah. Halaman rumah bergenang. Air bertakung separas betis. Anak-anak berlingkar di dalam rumah. Aktiviti menggoreng keropok dan jejemput semakin rancak. Sebungkus demi sebungkus digoreng. Dalam sekelip mata licin tidak bersisa. Ah! nikmatnya juadah Read the rest of this entry »

HiGOAT, susu kambing segera

Kalau dulu, susahnya rasa apabila teringin nak minum susu kambing. Anak-anak terpaksa pujuk Lala, Lolo atau pun Lili. Selalunya demo tu tak bagi perah. Dapat sikit, rasanya hamis. Apatah lagi apabila baru beranak. Warna susunya kekuningan. Dengan adanya HiGOAT, segala yang payah sudah menjadi mudah.

           Kata anak-anak, susu kambing ini sudah diproses. Dijamin bersih lagi halal. Rasanya sedap. Tidak ada rasa atau bau hamis. Bila cuba sepeket untuk satu cawan atau satu mug kecil, hmm sedapnya! Nak lagi! Mengikut ceritanya, susu kambing merupakan susu terbaik selepas susu ibu. Tidak menyebabkan alahan dan menguatkan sistem imunisasi. Bersifat alkali, membantu mengubati kanser, Gout, darah tinggi, lemah jantung, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan dll.

          Setelah dicuba, rupa-rupanya semua ahli keluarga suka. Bermula dengan suami, anak, menantu dan juga cucu. Habis 1 kotak yang mengandungi 15 peket dalam masa 2 hari sahaja. Nak untung, anakanda daftarkan dirinya sebagai mobile stokis. Sambil minum sambil jual. Dapat untung juga rupanya. Alhamdulillah.

         Sesiapa yang nak cuba boleh hubungi kami.