Al-Fatihah buat ayahanda rakan kita Cg. Che Rohana dan GPK1

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan takziah kepada GPK1 dan Cg. Che Rohana atas kepulangan ayahanda mereka ke alam baqa. Kami warga guru  dan kakitangan SMKSN mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan aman berisytirahat di alam barzah. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Af-Fatihah.

Sehubungan itu Cg. Che Rohana merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga sekolah yang berduyun-duyun datang menziarah. AJK Kelab juga tumpang gembira melihat suburnya semangat ukhuwah dalam kalangan warga kita. Semua program yang dirancang dan tidak dirancang berlangsung sempurna. Alhamdulillah.

Sayonara kepada ahli kelab yang bakal berpindah sekolah seawal 1Disember ini. Kak Rohaya, Adinda Ahmad Hilme dan M.Shuhaimi, selamat menjalankan tugas di tempat baru dan jutaan terima kasih atas sumbangan anlian. Semoga anlian bertambah cemerlang di sana setelah berada di lokasi yang diidamkan.

Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan.

Intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan.

Anak Cina memasang lukah, lukah dipasang ditanjung jati.

Dalam hati tidak dilupa. dari ku hidup sampai ku mati.

Selamat bercuti. Sekolah akan bercuti pada 20 Disember nanti. Selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung halaman. Berhati-hati di jalan raya. Jaga keselamatan anak-anak pada musim tengkujuh. Tapi jangan lupa pada tarikh-tarikh yang sepatutnya kita hadir bertugas di sekolah semula. Mesyuarat akhir tahun 2009 dan perancangan awal tahun 2010 telah ditetapkan pada 28 Disember 2009. Jangan lupa!