Archive for September, 2009

Selamat Hari Lahir Nina

Sayang! Selamat hari lahir. Ralatnya kerana terlewat satu hari baru sempat mama coretkan di sini. Biar lambat daripada tiada ucapan langsung. Apabila usia semakin muda, banyak perkara yang semakin terlupa. Bila terlalu lama bercuti pun, membuatkan mama terlupa haribulan. Sebab itulah mama perlu terus bekerja dan sentiasa bersedia. Semoga ingatan mama masih segar. Tarikh-tarikh penting masih kekal dalam peti memori. Cuma terlewat sedikit. Letih barangkali. 

Sesekali, Read the rest of this entry »

Selamat Hari lahir sayang! Dah remaja rupanya cahaya mata perempuan sulung mama yang dilahirkan 23 tahun lalu. Semoga panjang umur, murah rezeki dan menempa kejayaan di dunia dan di akhirat. jadilah anak yang solehah dan cakna dalam segala hal.

           Hari ini juga Lolo telah selamat melahirkan anak kembar jantan seekor berwarna putih dan seekor berwarna hitam. Yang putih mirip ibunya manakala yang hitam macam Leo. Berkembang biak kambing peliharaan kami. Manja sungguh mereka persis anak cucuku juga.

Hari ini masuk hari ke 21 berpuasa. Alhamdulillah sudah genap 20 hari berpuasa bersama suami dan anak-anak, menantu serta sikenik, Muhammad Qusyairi Kamarudin (cucu sulung). Insya-Allah esok akan bertambah seorang lagi ahli keluarga. Anak kelima akan tiba di PC, penerbangan awal pagi esok. Cutinya sudah bermula. Yang lain-lain akan menyusul kemudian. Suasana di rumah kami semestinya akan bertambah meriah.

        Sebagai pemimpin kecil dalam rumahtangga, tugas utama ibu ialah Read the rest of this entry »

Selamat Menduduki UPSR, Amil

         Hari ini sudah 2 hari calon UPSR menduduki ujian bertulis. Esok merupakan hari terakhir. Apa khabar Amil? Beres? Pasti sahaja Amil akan menjawab, “Beres! Senang je! Macam kacang!” Belum pun selesai UPSR, Amil sudah buat permintaan. “Amil nak ikut Abang D ke Kuala Lumpur! Amil nak jumpa Angah di Putrajaya! Amil dah boleh relaks!”

        Habis siapa pula yang nak jaga Lulu, Lili dan Lolo serta anak-anak mereka? Selalunya Read the rest of this entry »

Ruangan komentar bahasa m.s 4 Pelita Bahasa September 2009 menyiarkan ulasan panjang lebar tentang penggunaan ‘Quran Buruk’ sebagai judul cerpen yang dianggap kurang sesuai kerana membawa kepada konotasi negatif. Terima kasih Zaidi Ismail dari Pasir Mas yang sudi melontarkan pandangan. Saya hargai pandangan saudara. Read the rest of this entry »