Archive for August, 2009

        Kami sedih apabila Lala sakit. Badannya sihat dan tambun tetapi dia sakit mulut. Mungkin sakit tekak dan lidah hingga sukar menelan. Air pun susah nak minum. Sejak Lala sakit, dia selalu mengasingkan diri. Suara manja Lala mengembik jarang kudengar. Namun begitu, apabila ku panggil nama Lala! Lala! Dia pasti datang. Malah Lala tahu waktu aku berada di dapur, dia pasti datang menjenguk! Read the rest of this entry »

Selamat Hari Lahir, Afi….

Hari ini genap 10 tahun usia Muhammad Kamarkasyfi. Anak bongsu lelakiku ini selalu teruja bertanyakan bila hari jadinya setiap kali tiba hari jadi mama, abah, abang-abang, kakak-kakak dan adiknya. Tapi bila tiba pada tarikh hari jadi sendiri, dia buat-buat tidak kisah.

Read the rest of this entry »

Selamat Hari Lahir, sayang….

Hari ini, sejarah berulang dan amat bermakna bagi kami anak beranak. Menjelang detik 12 malam tadi, bertalu-talu mesej masuk dalam HP hubby.  Semestinya putera-puteri kami mengirimkan ucapan selamat hari lahir pada abahnya. Sayang! Abah dah tidur!

       Bulan Ogos mencipta sejarah besar dalam keluarga kami. Tarikh 11, 20, 26 dan 28 Ogos merupakan hari lahir kami dan 3 orang putera dan puteri. Angah dan Adik berkongsi tarikh lahir berjarak 10 tahun. Hari jadi Afi bakal disambut 2 hari lagi. Selamat hari lahir sayang! Semoga panjang umur, murah rezeki, dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Sempena bulan Ramadhan ini perbanyakkanlah amal ibadat.

Hari ini juga, Read the rest of this entry »

Ramadhan sudah tiba. Kami teruja menyambut ketibaannya. Malam tadi, sembahyang terawih pertama bersama puteri-puteriku Era dan Eri. Amil dan Afi bersama abahnya di ruang sembahyang lelaki di Masjid Al-Muqarrbin. Imam Hafiz. Masjid hampir penuh. Majoriti buat penuh, 23 rakaat beserta witir. Read the rest of this entry »

Alhamdulillah buku Impian Nursiha dan Paranoid mendapat sambutan hangat daripada teman-teman dan anak didikku. Malahan bekas anak didik ketika di SMTB dulu juga membuat pesanan. Kukirimkan satu set (2 buah) berharga RM28 melalui pos. Bayaran pos percuma. Terima kasih, sayang!

          Seminggu kemudian aku mendapat maklum balas yang amat memberangsangkan. Satu soalan cepumas yang dikemukakan;  “Impian Nursiha, impian siapa? Siapakah sebenarnya Nursiha?” Read the rest of this entry »

Impian Nursiha, Impian Saya dan….

Banyak maklum balas yang kuterima tentang Judul Buku/karya/Cerpen Impian Nursiha. Mereka seringkali bertanya, “Impian Nursiha itu impian siapa?”

        Tanpa ragu-ragu saya menjawab, “Impian Nursiha adalah impian saya dan impian sesiapa sahaja yang mempunyai aliran pemikiran yang serupa.” Paling tidak, saya akan mengangguk-angguk sebagai isyarat bahawa saya masih berfikir untuk memberikan jawapan yang tepat dan bermaklumat.

          Ramai juga peminat yang bertanyakan tentang makna paranoid. Teruja? (Adakah saya mempunyai peminat?) Paranoid merupakan rasa takut terhadap sesuatu yang muncul secara tiba-tiba. Kamus Dewan  pula memberikan makna yang lebih luas. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Paranoid dari sudut psikologi merupakan gangguan mental yang merujuk kepada seseorang yang percaya bahawa orang lain sentiasa mengancamnya atau dirinya berkedudukan penting (walaupun pada hakikatnya tidak). Makna yang kedua berupa kencenderungan untuk mengesyaki dan tidak mempercayai orang lain dengan berlebih-lebihan. Read the rest of this entry »