Anugerah bermaksud pemberian berupa hadiah dan sebagainya yang tinggi dan besar nilainya(daripada Allah, pemerintah atau negara dll) Kebahagiaan hidup merupakan anugerah Allah. Kenaikan pangkat atau jawatan adalah anugerah ketua jabatan manakala anugerah sasterawan negara merupakan anugerah khas daripada kerajaan ataupun pemerintah. Exxonmobil? Penaja bagi anugerah khas kepada guru yang ungul di Terengganu sahaja.
Guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh di sekolah atau institusi pendidikan. Unggul pula membawa makna melebihi atau megatasi yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi dll) Kategori Read the rest of this entry »
Filed under:
Uncategorized
Hujung minggu amat sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Namun kadangkala, cuti hujung minggu juga dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, kem kecemerlangan, kelas tambahan, seminar dan program luar. Hujung minggu depan ada aktiviti camping unit koku, jadi banyak aktiviti dibawa ke depan.
Pengisian masa hujung minggu yang padat. Namun pengisiannya lebih bermakna jika dipadatkan, tiga dalam satu. Kami berkumpul di KFC Jerteh bersama anak-anak dan anak murid untuk meraikan hari jadi yang disambut lebih awal atas faktor masa. Selamat hari jadi Firdaus Rahman. Cikgu doakan agar kamu panjang umur, dimurahkan rezeki dan menjadi pelajar cemerlang di sekolah. Cemerlang di dunia dan di akhirat kelak. Pada masa yang sama kucuba menunaikan hasrat Abe, anakku yang bongsu untuk menyertai pertandingan mewarna tajaan TM. Sekali-sekala berkumpul bersama anak-anak dan anak murid kelas 5T2 menimbulkan keseronokan berganda. Mama sayang kamu semua. Semoga berjaya dan bahagia.
Filed under:
Uncategorized