Hari ini terciptalah sejarah yang sekian lama kuintai. Hasrat hati untuk lulus PTK TK4 aras 4 tercapai sudah. Setelah masuk tahun ke5 mata gaji melanggar tembok dan 4x mengulang buat tugasan tanpa jemu, akhirnya doaku dimakbulkan Tuhan. Ramai rakan yang mengucapkan tahniah. Tidak kurang juga yang melontar komen kononnya tugasan yang kubuat kali ini adalah suara dari dalam jiwaku sendiri - stres.
Padaku, minat menulis mendorongku membuat tugasan tanpa jemu. Menduduki peperiksaan merupakan salah satu cara untuk menilai kebolehan dan keupayaan seseorang. Aku kerap juga masuk pertandingan menulis cerpen dan novel. Meskipun rezeki belum berpihak padaku, namun banyak ilmu diperoleh sebagai nilai tambah. Read the rest of this entry »
Filed under:
Uncategorized
Hari ini ada meeting. Badan Pengawas sekolah akan mengadakan kem kepimpinan dan watikah perlantikan pengawas. Lewat tiba di rumah. Bila anak-anak jengok Leo, mereka menangis. Amil menjerit kuat, “Mama…mama…leo sudah mati!”
“Alhamdulillah! Penderitaannya sudah berakhir. Apabila tiba masanya, semua makhlok Allah akan dijemput pulang, tanpa mengira siapa, pasti kembali kepada-Nya.”
‘Mama tidak kesiankan Leo.” Dia bertanyaku lagi.
“Kerana kesianlah maka kita meredai kepergiannya.”
“Adakah Leo akan masuk syurga?”
“Ya, selagi kita tidak melakukan dosa!”
Dialog terhenti. Apa yang dapat kuperhatikan, anak-anakku menangisi kepergian Leo menghadap Ilahi!
Apabila tiba masanya, kita pun akan kembali juga mengadap-Nya.
Filed under:
Uncategorized