Archive for February, 2009
Padamkan Keresahan dengan Melakukan Solat Dhuha
Author: W.KursiahFeb 27
Pizza oh! Pizza!
Author: W.KursiahFeb 20
HUSM kini mempunyai daya tarikan baru. Sebut sahaja mahu berkunjung ke HUSM, semua permata hatiku mahu ikut terutama yang tiga orang tu. Cakaplah nak pergi jumpa doktor ke untuk dapatkan rawatan ataupun ingin melawat pesakit, mereka mesti mahu ikut. Aku tahu hasrat mereka yang sebenar. Lokasi utama ialah D’Village depan HUSM @ depan RHB Bank.
Suamiku amat sporting. Sampai sahaja simpang empat Kubang Kerian pasti terus ke arah HUSM. Namun kami tak masuk pun kawasan HUSM. Tunggu sahaja pukul 6.00 petang, abang penjual Pizza menyambut kami dengan senyuman. Anak-anakku apatah lagi. Paling menakjubkan apabila abahnya membuat pesanan, Pizza peperoni ayam saiz famili 1 dan bungkus 2 pizza seafood saiz famili.
“Akak jangan cemburu ya! Balik nanti sudah tentu abah belanja. Kita datang lagi tiga buah kereta sebelum bercuti ke Pulau Redang. Eh! Bila cuti panjang?”
“Setesen baru mama tu, bilik mama bekerjalah. Jaga bilik gerakan pengawas! Melatih dan memimpin pengawas agar jadi pemimpin pelapis yang berkaliber dan punya jati diri yang teguh. Berkaliber maksudnya mempunyai kebolehan, kemampuan atau kecekapan berfikir dan lain-lain.”
Bila sebut pasal pizza, ada yang belum pernah makan pizza dan tak tahu apakah itu pizza! Jom makan pizza buatan tempatan.
Stesenku, berubah wajah.
Author: W.KursiahFeb 16
Hari ini sahaja aku menerima ramai tetamu yang singgah. Mereka sekadar datang untuk menjenguk dan melihat perubahan pada wajah stesenku. Mengikut kamus Dewan, stesen bermaksud bangunan perhentian kereta api atau bas. Makna yang kedua, tempat (bangunan dsb) yang mempunyai peralatan khas untuk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu. Setesenku yang baru ini amat sesuai dengan maksud yang kedua.
Terima kasih puan pengetua dan GPK(HEM), yang memberikan bilik ini untuk kujadikan setesen. Pemberian ini merupakan amanah dan penghargaan terbesar bagiku dalam masa satu dasawarsa aku bermestautin di sini. Penghijrahanku ke mari kiranya mempunyai hikmahnya tersendiri.
Banyak komentar yang tiba. Ada yang lunak dan juga menyentuh rasa. Namun aku berpegang pada hakikat berani kerana benar dan takut kerana salah. Selagi manusia berpegang pada prinsip tersebut tiada masalah yang membelit jiwa.
Hidup manusia ibarat roda yang berputar. Sekali berputar ke atas dan tiba masanya berada di bawah. Berada di atas tidak semestinya selesa. Pun demikian berada di bawah bukan maksudnya tertekan atau dilenyek habis-habisan. Adakalanya berada di bawah lebih nyaman dan selamat. Nostalgia lalu menggamit tatkala menerima panggilan sesat.Lumrah dunia, tiada siapa yang tidak pernah buat silap. Namun aku yakin keputusan lalu yang telah kubuat tidak silap. Aku tetap berpegang pada tali kebenaran.
Adik-adik yang datang menjenguk melontarkan pertanyaan.
“Bila nak buat kenduri naik rumah baru?”
“Insya-Allah! Akan merasalah nasi beriani nanti!”a Read the rest of this entry »
cabaran dalam mendidik anak bangsa
Author: W.KursiahFeb 11
Cabar bermaksud tawar hati. Cabaran pula mempersoalkan, mempertikaikan perihal mencabar. Makna yang kedua ajakan untuk berlawan dan sebagainya. Makna ketiga sesuatu (unsur, faktor dsb) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi) Contohnya;Kerjaya keguruan merupakan pekerjaan yang penuh dengan cabaran.
Cabaran akan berlaku apabila adanya pencabar. Pencabar merupakan orang (pihak, golongan) yang mencabar. Situasi yang mencabar menguji kemampuan dan ketabahan seseorang. Read the rest of this entry »
Merintis Laluan Berliku
Author: W.KursiahFeb 10
‘Tiada halangan melainkan peluang’ merupakan cogan kata yang terpampang di birai jalan laluan kami setiap pagi ke sekolah. Setelah meredah laluan berliku dari rumah, korner kanan korner kiri, lalui jambatan sempit , korner kanan dan korner kiri lagi kira-kira 6 kali korner sepanjang tak sampai 500m perjalanan, maka cogan kata yang dibina sepanjang laluan menjadi pembakar semangat. ‘Sekolahku, Rumahku’ menepati maksudnya yang sebenar.
Dari pukul 7.00 pagi hingga 5.30 petang kami anak beranak berada di sekolah. Bermula doa awal pagi untuk memulakan pelajaran pada pukul 7.30 pagi, P&P berlangsung hingga pukul 2.00 petang doa akhir dibaca diikuti makluman solat berjemaah di surau sehingga pukul 2.30 petang. Pelajar dan guru rehat 1 jam. kokurikulum bermula pukul 3.30 hingga 5.30 petang. Kira-kira pukul 6.00 petang barulah nampak bumbung rumah semula.
Penat? Sudah semestinya badan keletihan setelah semua keringat dicurah. Read the rest of this entry »
