Archive for October, 2008

Sudah selesai menganyam mimpi?

Novel menganyam mimpi dah siap tapi impianku masih belum berakhir. Novel 301 muka surat sebanyak 30 bab dapat disiapkan dalam masa tak sampai 3 bulan pun. Akan kubawa semasa perbengkelan di UKM pada 1 dan 2 Nov. nanti. Semoga diterima untuk dicetak dan dipasarkan. Impianku untuk melihat kejayaan anak-anak muridku di SMTB dah berakhir. Kini ku berikan seluruh perhatian dan kepakaranku untuk membantu pelajar2 SMKSN pula. Aku cuba menggilap intan yang terbenam di dalam lumpur. Aku masih tercari-cari lebih ramai insan lain seperti Sayidatul Nadia. Misiku ke mari bukan untuk menggugat kedudukan sesiapa. Aku ke mari untuk mencari kepuasan bekerja sebagai seorang pendidik. Aku tak mohon pun DG52 Akademik. Tak nak gugat kedudukan sesiapa. Tak nak berebut jawatan itu dengan orang lain. Satu sekolah hanya ada satu jawatan sahaja. Sesiapa yang pernah menuduhku yang bukan-bukan tu, segeralah bertaubat. Aku bukan jenis insan yang mengejar pangkat. Rezeki Tuhan itu banyak dan berada di mana-mana jua. Insya-Allah, usahaku akan diberkati-Nya,doaku akan dimakbulkan-Nya juga. Amin.

Berhari raya di sekolah baru

Hari lebaran disambut penuh debaran. Sehari sebelum menyambut Aidilfitri aku menerima notis pertukaran berkuatkuasa 01/10/08. Tarikh ini bersamaan hari raya Aidil Fitri 2008. 01/10/1990 pula merupakan tarikh masuk sekim pencen. Aku lambat lagi nak pencen kerana sign berpencen pada usia 58.

Seronok juga beraya di sekolah baru. Dapat bos baru, kawan-kawan baru, anak murid baru, staf baru dan situasi tempat kerja yang baru. Namun kerinduan pada yang lama masih ada. Bezanya, beban tugas semakin ringan. Terasa dah lepas segala hutang piutang. Namun semangat untuk bekerja masih membara. Memenuhi waktu relief dengan pengisian ilmu memanusiakan manusia dan membina sahsiah diri yang mulia. Dalam suka ada duka. Dalam resah ada kecewa. Dalam bahagia ada juga derita. Lumrah hidup memang begitu. Bakti tetap kucurah dengan gigih dan tabah. Terimalah seadanya.

Selamat tinggal warga SMTB

Hari ini dalam sejarah tercatatlah sebuah kisah. Nak kata kisah suka ke atau duka, aku sendiri tidak berapa cerat. Tapi yang sahihnya di bibir terukir senyuman, namun airmata tetap juga bercucuran. Suka kerana dah dapat keluar dari kemelut yang menjerat diriku sejak 24 ogos yang lalu. Duka kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan dan anak didikku yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi.

Read the rest of this entry »