Archive for September, 2008

Selamat hari jadi sayang

Anakanda Nina tersayang,

Tiada kata secantik bahasa, untuk mama luahkan perasaan. Tiada gambar secantik lukisan, untuk mama paparkan kenangan. Selama 19 tahun bersamamu, mama rasakan baru semalam mama melahirkan dan membelai kamu. Selamat menyambut ulang tahun kelahiranmu, sayang. Wishing you the very best of luck. Always be the best of all. I’m very proud of you for what ever you did so far. The lights of hope is shining and lovely like the morning glory.  Stars glittering every where you are. May Allah bless you almost in fasting month, Ramadhan yang mulia ini. Syawal akan menjelma tidak berapa lama lagi. Good luck, mydear.

Belated birthday to mydear Nini. Kamu berdua lahir dalam bulan yang sama. Bulan September menjadi ingatan setiap ahli keluarga kita. Kami berasa amat berbangga dengan kamu berdua. Moga kamu dapat menempuh segala ujian dan halangan dalam usaha kamu mengutip seberapa banyak bintang. Star rating telah dijadikan ukuran kejayaan sejak lama dulu bagi sektor kerajaan dan korporat. Kumpulkan seberapa banyak bintang agar ianya bakal menyerikan hidup masa hadapan kamu.

Hendak seribu daya, mahu seribu cara. Amalkan prinsip hidup cemerlang dengan melakukan lompatan saujana. Atau sekurang-kurang, you take one ahead. Kejayaan menanti di hujung usaha kita. Good luck.

Assalamualaikum wbbh, anak-anak  yang bakal menduduki SPM 2008 dan yang berada di tingkatan 4. Pada pagi 20 Ramadhan yang syahdu ini mama ingin memberikan tips untuk SKOR 1A BM SPM. Sepanjang bulan Ramadhan ini, anak-anak sepatutnya lebih banyak membuat amal ibadat dan mengulangkaji pelajaran berbanding tidur ataupun melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Manfaatkan masa semaksima mungkin. BM1 memerlukan pembacaan yang meluas. Input yang banyak menghasilkan output yang berganda.

Menjawab soalan karangan berpandu, bahagian A memerlukan 3 kemahiran iaitu kemahiran melihat dengan teliti, kemahiran berfikir akan makna yang tersurat dan tersirat dan kemahiran menjana idea secara ringkas dan padat. Untuk mendapat markah yang cemerlang mestilah menulis ayat-ayat indah yang sesuai dengan fakta yang dikemukakan sekurang-kurang 3 ayat. Karangan B sepatutnya lebih panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 ayat /bahasa indah. Pembahagian perenggan hendaklah seragam dan boleh guna formula F+H+C+K+P.

Komsas memerlukan pembacaan dan penghayatan. Usahlah mimpikan A sekiranya anak-anak malas membaca buku teks. Membaca buku ulasan sahaja tidak mencukupi. Sepatutnya anak-anak sudah 3x khatam. Namun begitu untuk skor A, pengetahuan tentang teknik menjawab juga perlu diberikan perhatian. Gunakan formula F+H+C bagi setiap jawapan yang diberikan. Berapa banyak fakta yang patut diberikan boleh rujuk kepada markah di penghujung soalan.

Perkara yang paling penting dilakukan selepas menjawab soalan ialah semakan. Tujuannya ialah untuk mengesan kesilapan ejaan, tertinggal perkataan dan lain-lain. Janganlah kita tidak dapat A kerana markah ditolak disebabkan kecuaian kita.

Akhir sekali berdoa dan bertawakkal. Nak berdoa mesti tunaikan solat dahulu. Utamakan yang wajib dan perbanyakkan yang sunat. Bersihkan hati kita dan jangan perlekehkan bahasa dan sastera yang menjadi tulang belakang bangsa. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memertabatkan bahasa dan sastera Melayu da meletakkannya kembali di tempat yang sepatutnya.

Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Sekian. Selamat maju jaya.

Wassalam.

Unggun itu masih membara, membakar jiwa dan raga. Bagi sesiapa yang tidak meminati sastera dan kurang penghayatan terhadap nilai estetik yang terdapat dalam sesebuah karya satera,pasti akan membuat tafsiran yang salah tentang unsur-unsur perlambangan yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Perbincangan yang berlaku, ibarat itik berinteraksi dengan ayam. Apatah lagi sekiranya masing-masing mahu menegakkan benang yang basah dan tidak mahu cuba memahami mesej yang tersirat di sebalik ungkapan kata yang indah ataupun dialog panas yang dianggap sebagai pencetus masalah. Namun saya masih berasa bangga sekurang-kurang dapat menarik perhatian pihak atasan untuk membaca karya sastera genre cerpen.

Tidak kenal maka tidak cinta. Semoga dengan tercetusnya isu panas ini akan membenihkan rasa cinta di hati khalayak untuk terus membaca cerpen. Secara tidak langsung akan menambah jumlah khalayak pembaca karya sastera. Seterusnya akan mengangkat martabat kesusasteraan Melayu dalam kalangan masyarakat tanpa mengira status dan pangkat.

Karya sastera merupakan cetusan pendapat dan ilham penulis berdasarkan pada ilmu yang sedia ada, diadun dengan perasaan halus lagi berseni dan fakta yang mungkin sedikit cuma. Teknik penceritaan yang pelbagai menjadi satu daya tarikan untuk memancing minat pembaca seadanya. Wassalam