Hari ini dalam sejarah, cerpen unggun yang disiarkan dalam MM Ahad lepas menjadi api yang marak membakar. Majoriti tidak setuju dan melabelkan diriku dengan pelbagai tanggapan yang negatif. Tujuan asal untukku melontarkan mesej secara bebas melalui seni penulisan kreatif bagi tujuan penambahbaikan telah disalahertikan. Malahan ada pihak yang yang melontarkan komen yang sungguh mengaibkan. Sabar ajalah! Semoga Tuhan dan para malaikat mendengar suara hatiku yang tulus dan mulus.
Archive for August, 2008
Tulisan Pertama Saya
Author: W.KursiahAug 1
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, sempena tanggal 1 Ogos 2008 (Bulan Kemerdekaan Malaysia) ini. Secara rasminya, saya memiliki Laman Web Peribadi atau Blog sendiri yang juga menggunakan domain, nama saya sendiri.
Terima kasih kepada anakanda sulung saya (Kasyidi), kerana telah membantu saya membangunkan laman blog ini. Saya berasa teruja untuk turut menjadi penulis “Blogger” secara sambilan selepas melihat Blog anak saya sendiri ( www.Kasyidi.com ) & beberapa laman Blog yang anak saya uruskan, yang secara kebetulan beliau menyediakan perkhidmatan tersebut.
InsyaAllah, dengan adanya blog saya ini. Saya mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin berkongsi idea, pengalaman baik didalam bidang penulisan kreatif, pendidikan & atau apa saja pengalaman yang mempunyai nilai tambah bagi membangun modal insan yang cemerlang, gemilang & terbilang.
Akhir kata, Selamat maju jaya kepada diri saya sendiri & kepada semua terutamanya keluarga saya, sahabat handai, anak didik, rakan seperjuangan & kepada semua pengunjung blog saya kelak. Wassalam.
