TOV saya baru bermula

Rezeki berganda dan cabaran juga berganda. Pada masa ini anak didikku sedang menduduki pep.TOV 2010. Kertas jawapan BM bagi 3 kelas tingkatan 5, sedang menunggu untuk ditanda. Pada masa dan tarikh yang sama saya menerima semula dua manuskrip novel untuk diedit dan buat penambahbaikan. Sebuah dari Alaf21 dan sebuah lagi daripada DBP Wilayah Timur. Alhamdulillah, usaha keras saya sudah menampakkan hasil.

TOV saya juga telah bermula. Harap nilai letak mula kerja buat saya mendatangkan hasil yang lumayan. Begitu juga harapan saya menggunung tinggi kepada kejayaan anak didik. semoga cita-cita kami untuk meraih A+ bagi semua pelajar 5Sains dan separuh daripada kelas 5A menjadi kenyataan.

Namun, kelemahan awal pada jawapan mereka sudah dikesan. Banyak perkara yang perlu dibuat penambahbaikan. sesungguhnya, membetuli hasil usaha sendiri lebih mudah berbanding mengubah sikap individu lain. Ramai pula tu.

Namun begitu, penilaian saya masih positif. Februari masih muda. Kami masih ada banyak masa untuk belajar dan mengajar. InsyaALLAH!

Kita Serupa

Kita sememangnya serupa walaupun berlainan nama

bergerak atas landasan yang sama

berjuang atas visi dan misi serupa

cuma berlainan cara.

Sememangnya kita serupa

sehasrat menjana maufakat

maufakat membawa berkat

meskipun kita berlainan darjat.

Adakalanya langkah kita tidak sehala

berselisih pendapat mencapai kata sepakat

berpaksikan prinsip kendiri yang utuh

bertunjangkan keyakinan diri yang teguh

namun apa yang pasti

matlamat kita masih sama

mengutip seberapa banyak bintang

merentasi awan gemawan.

Langit Lazuardi memayungi diri

membuktikan segala kuasa Maha pencipta

bak hamparan saujana lautan ilmu

sentiasa bergelombang membelah samudra cita-cita.

Minggu Pertama yang ceria

Hari ini genap seminggu @ lima hari mengajar dalam penggal 1 sesi 2010. Setiap waktu telah diisi dengan P&P yang memberangsangkan. Saya berasa seronok apabila dapat memancing minat pelajar untuk memberi perhatian dan mengambil bahagian secara aktif dari minit pertama hingga ke akhirnya. Read the rest of this entry »

Hari pertama sesi persekolahan 2010 ditempohi dengan cemerlang. Berinteraksi dengan pelajar baru kelas 5Sains1 dan 5 Sains 2 amat memberangsangkan. Semua ahli kelas 5Sc1 meletakkan sasaran mencapai A+ untuk BM SPM 2010. Harapan saya, majoriti pelajar 5Sc2 dan 5A pun begitu. Cikgu bangga dengan semangat dan azam tahun baru kamu. Read the rest of this entry »

Azam Tahun Baru 2010

Selamat menyambut tahun baru 2010. Setiap kali menyambut tahun baru, kita selalunya membuat azam baru. Ataupun paling tidak, kita memasang niat untuk membuat perubahan dalam hidup agar hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Saya juga mempunyai azam baru. Ingin menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang pendidikan dan juga perniagaan. Pendidikan merupakan tugas dan tanggungjawab utama disandang sejak lebih 30 tahun dahulu. Manakala perniagaan merupakan 9/10 sumber rezeki. Kedua-dua bidang ini saling berkait rapat. Menghadiri kursus inkubator keusahawanan menjana nilai tambah yang sangat berharga sebagai pembuka tirai 2010. Read the rest of this entry »

Selamat Datang 2010

Hujung tahun 2009 diakhiri dengan menjelajah negara bersama suami dan anak-anak. Menjelajah putrajaya je. Habis seluruh alamanda. Membuat persiapan menyambut awal tahun persekolahan anak-anak. Beli serba satu kelengkapan sekolah. Wah! banyak juga rupanya. Tak apa asalkan belajar rajin-rajin dan cipta kejayaan cemerlang dalam tahun 2010.

Hantar Nini praktikal sem akhir UITM di Palace Of Golden Horses. Semoga cemerlang. Jumpa Erin, Zimi dan Ani serta keluarga adik ipar di Greenwood. Jumpa lagi!

Perasaan Marah Menguji Kesabaran Kita

Marah merupakan sejenis penyakit hati yang menjejaskan organ dalaman yang lain. Jika perasaan marah tidak dapat dikawal,  bakal mengundang padah. Ada yang terkena angin ahmar (strok), darah tinggi naik secara mendadak, Hypertensi dan serangan penyakit jantung ketika sedang marah. Kesannya amat buruk pada diri sendiri dan Read the rest of this entry »

Cinta Membawa Tafsiran Berbeza

Apabila menyebut soal cinta, ramai yang melontarkan senyuman sinis. Pelbagai soalan panas terlontar keluar. Sedang bercinta? Sudah jatuh cinta? Jatuh cinta lagi? Ataupun cinta monyet?

Cinta membawa pelbagai tafsiran yang berbeza. Kemurnian cinta bergantung kepada niat yang terselit Read the rest of this entry »

Wah lega rasanya apabila dapat menyiapkan novel “Bukan Cinta Pertama” sebelum sesi persekolahan 2010/1431H bermula. Masa cuti panjang persekolahn dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyiapkan novel ini dan dua buah novel lagi, kategori kanak-kanak dan remaja untuk pertandingan. Read the rest of this entry »

Khalilullah, Kekasih Allah

Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai anugerah Allah. Selain daripada memanjatkan doa dan kesyukuran setiap kali lepas sembahyang, ataupun ketika sujud, kita boleh menyebut nama-nama yang mempunyai makna yan sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah. Selamat datang Khalilullah. Khalilullah bermakna kekasih Allah. Nama itu sentiasa basah di hati dan tidak lekang di bibir. Siapakah Khalilullah? Read the rest of this entry »